Wednesday, October 8, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Lagu Pelukan Angkasa Menang Anugerah Juara Lagu 36

SOG dan Shila Amzah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi emas edisi baharu .

by Khai Azfar
March 7, 2022
286
KONGSIAN
Share on Facebook

Lagu Pelukan Angkasa ciptaan Raja Nazrin Shah  dan Fazleena Hishamuddin yang didendangkan oleh Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah telah dinobatkan sebagai Juara Lagu ke -36 sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi emas edisi baharu .

Naib juara AJL36 milik lagu Cinta nyanyian Marsha pula telah membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Tidak kurang hebatnya, tempat ketiga milik Mimpi ciptaan Dato A.Aida dan penyanyi ini, Haqiem Rusli berkongsi wang kemenangan hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Paduan vokal Aina Abdul dalam edisi kali ini melayakkan Sepi menyandang kategori vokal terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Membuat persembahan yang berjaya menarik perhatian peminat, penyanyi Marsha sekali lagi membawa pulang trofi AJL36 apabila lagu Cinta merangkul kategori persembahan terbaik serta membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 , trofi dan hadiah sampingan tajaan NOIR Beauty Essence berjumlah RM6,000.

Buat julung kalinya, penyanyi Khai Bahar dan Aina Abdul dipilih sebagai penyanyi pilihan popular.

ihoskan oleh Alif Satar dan Nabila Huda manakala acara karpet merah dikendalikan oleh Sissy Iman serta Sean Lje. Pembuka tirai disajikan persembahan yang bakal diingati ramai dibarisi oleh Datuk Jamal Abdillah, Mas Idayu, Ayda Jebat dan kumpulan Cassia. Selain itu, persembahan interlude AJL36 dihiburkan oleh kumpulan Wings.

Anugerah berprestij ini yang berlangsung di Dewan Merdeka World Trade Centre (WTC), kembali dengan kehadiran penonton secara fizikal berskala kecil seramai 200 orang terdiri daripada petugas media dan peminat-peminat.

[VIDEO] Aksi Shila Amzah Menunggang Motorsikal Elektrik, Buatkan Netizen Teruja
AJL36sekumpulan orang gilashila amzah
https://lomp.at/zz48l
Share114Tweet72SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Anak Siti Nurhaliza Dengar Seperti Pangilan Suara Ketika Maghrib – Netizen Meremang Tengok Video Ini!

  2. 2

    [VIDEO] Cik B Turun 15 Kg Dalam Masa 2 Bulan, Amalkan Diet Yang Sihat

  3. 3

    [VIDEO] Fatima Dah Tak Sabar Nak Menari, Gelagat Comelnya Buat Ramai Cair!

  4. 4

    [VIDEO] Pesona Keayuan Sultanah Bahiyah Curi Perhatian, Ada Yang Samakan Wajah Dengan Fazura

  5. 5

    Lana Nodin Ditipu Syarikat Tekstil, Tampil Dedah Wajah Pasangan ‘Scammer’!-“Rupanya Ramai Yang Dah Terkena..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem