Saturday, October 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Cecah 62 Juta Tontonan! Ini 5 Rahsia Trailer Avengers: End Game

by Khai Azfar
December 11, 2018
Share on Facebook

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Disember adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) untuk menyaksikan trailer filem terbitan mereka terutama nya bagi filem Avengers.

Cecah 62 Juta Tontonan

Untuk 2018, Marvel telah mengesahkan Avengers : Infinity War akan disambung dan ditayangkan pada April tahun hadapan. Trailer sambungannya pula telah dimuatnaik di semua saluran rasmi Marvel tiga hari yang lalu sekaligus menyaksikan tajuk kesinambungan filem ini sebagai Avengers : End Game. Baru sahaja ditayangkan video di YouTube telah menjadi trending dan sehingga kini mengikut carian kami, video tersebut telah mencecah lebih dari 62 Juta tontonan!

YouTube video

Rahsia Trailer Avengers : End Game

Peringatan untuk anda, info dibawah barangkali mempunyai sedikit spoiler! Berdasarkan trailer tersebut dan fakta-fakta MCU terdahulu, filem sekual Avengers akan datang barang kali mempunyai rahsia ini;

Tony Stark Berada Dalam Kapal Guardians of The Galaxy?

Mungkin anda terlepas pandang, dalam trailer itu kelihatan sebuah kapal milik the Guardians! Pada Infinity War ianya diakhiri dengan Tony Stark dan Nebula masih berada di Titan menjadikan mereka sebagai antara yang masih hidup disitu sebelum Spider-Man, Doctor Strangers hilang menjadi debu. Dalam trailer terbaru, Stark dan Nebula telah mengambi alih kapal tersebut dan barangkali untuk pulang ke bumi.

Watak-Watak Yang Mati Dijadikan Sebagai Orang-Orang

Dalam filem yang lalu, kebanyakan adiwira lenyap dan menjadi debu. Thanos menerusi misi nya yang kononnya ingin menyelamatkan dunia kelihatan berjaya sambil duduk di sebuah gua menghayati pemandangan matahari terbit. Bagi trailer kali ini, kostum yang dipakai Thanos telah dipacak menjadi orang-orang (Scarecrow) sekali gus menyakinkan kesemua watak yang lain menjadi seperti itu sama seperti jalan cerita di dalam komik.

Captain America Menangis, Black Widow Jadi Ketua Avengers

Jika anda masih ingat, filem terakhir Avengers menyaksikan Steve atau Captain America berjambang. Namun tidak dalam trailer ini kerana rupa parasnya adalah ‘clean-shaved’ dan turut mengalirkan air mata. Menurut sumber, mereka percaya Steve seperti telah mengalah apatah lagi dia gagal menyelamatkan dunia. Untuk itu, Black Widow telah mengambil alih tugas sebagai ketua untuk pulihkan Avengers dan mendedahkan beberapa maklumat termasuk 50% hidupan bumi telah lenyap.

Avengers Anggap Ant Man Sudah Mati

Dalam sedutan trailer itu, kelihatan Bruce Banner menyiasat kehilangan dan kematian ahli Avengers. Paparan tersebut menunjukkan Spiderman, Shuri dan Ant-Man dianggap sebagai hilang dan mati. Imbas kembali pada sedutan terakhir filem Avengers yang lalu, Ant-Man sebenarnya telah menyiasat mesin masa iaitu Quantum Realm namun terperangkap di dalamnya setelah kesemua mereka yang membantu adiwira ini hilang menjadi debu.

Hawkeye Menjadi Ronin

Mungkin ini adalah salah satu rahsia besar mengenai filem ini. Sebelum ini ramai yang tertanya dimanakah hilangnya Hawkeye. Dalam trailer terbaru menunjukkan Hawk atau Clint Barton telah menjadi watak Ronin, sebuah sisi gelap adiwira. Dalam Ultimate Comics, Clint menjadi Ronin selepas kematian keluarga nya dan barangkali dalam Avengers : End Game, Clint berubah setelah keluarga nya turut hilang menjadi debu.

Avengers : End Game
https://lomp.at/zmc2v
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Polis Evo Kekal Kukuh 10 Tahun: Pencetus Revolusi Industri Filem Tempatan

by Aphit J.
September 21, 2025

Francais Polis Evo meraikan ulang tahunnya yang ke-10, menandakan satu dekad kejayaan dalam dunia filem Malaysia. 10 Tahun Kejayaan Francais...

Read more
Filem

RTM Siar Supertele “Srikandi” Angkat Martabat Wanita Melayu

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bakal menyiarkan supertele bertajuk Srikandi, sebuah drama epik sinematik...

Read more
by Aphit J.
September 14, 2025
Filem

COOLIE Gegarkan Pawagam! Malik Streams Bawa Aksi Terbesar Tahun Ini!

Kumpulan Syarikat Malik Streams kini dikenali sebagai antara kumpulan perniagaan yang paling dinamik dan berpengaruh di Malaysia. Berkembang Pesat Dalam...

Read more
by Aphit J.
August 16, 2025
via OrphanCare
Filem

OrphanCare & Tayangan Amal: Filem, Harapan & Peluang Kedua Buat Anak-anak Terpinggir

Bayangkan sebuah malam penuh emosi, tayangan filem yang menyentuh hati dan pada masa sama anda menyumbang kepada masa depan anak-anak...

Read more
by Aphit J.
August 10, 2025
Filem

Drama Epik Cinta & Konspirasi: Fated Hearts Kini di iQIYI

Drama bersiri China terbaru, Fated Hearts, kini ditayangkan secara eksklusif di iQIYI, menampilkan gandingan dua bintang besar, Li Qin dan...

Read more
by Aphit J.
October 4, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Anak Siti Nurhaliza Dengar Seperti Pangilan Suara Ketika Maghrib – Netizen Meremang Tengok Video Ini!

  2. 2

    [VIDEO] Fatima Dah Tak Sabar Nak Menari, Gelagat Comelnya Buat Ramai Cair!

  3. 3

    BINGKAS RM300 Untuk Rakyat Selangor- Jom Semak Kelayakan & Mohon!

  4. 4

    Lana Nodin Ditipu Syarikat Tekstil, Tampil Dedah Wajah Pasangan ‘Scammer’!-“Rupanya Ramai Yang Dah Terkena..”

  5. 5

    [VIDEO] Ammar Ahyan & Keluarga Naik LRT Buatkan Netizen Teruja!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem