Monday, June 16, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Selama Ini Kita Ingat Dia Bujang”- Netizen Terkejut, Rupanya Halim Othman Pernah Berkahwin

Netizen terkejut bintang baharu merupakan anak kepada bekas penyampai radio terkenal

by Puteri Alia
April 11, 2022
via (IG) Myra Natasya/Halimothmanho/Harian Metro

via (IG) Myra Natasya/Halimothmanho/Harian Metro

Share on Facebook

Nama Myra Natasya semakin mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai di media sosial, siapa sangka wanita ayu yang merupakan bekas finalis Dewi Remaja 2019/2020 ini, sebenarnya adalah anak tunggal kepada bekas penyampai radio terkenal, Halim Othman.

Netizen Sangka Halim Masih Bujang

Menerusi berita yang disiarkan oleh portal Media Hiburan di laman Facebook, ramai pengguna media sosial membanjiri ruangan komen meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka bintang baharu tersebut merupakan anak bekas penyampai terkenal.

“Owh kisahnya.. Rupanya Othman Halim dah pernah kahwin selama ini.. Memang dia dan kawan-kawan sekeliling dia semasa bertugas di radio-radio simpan rahsia yang paling baik. Selama ini kita ingat dia bujang sampai hingga kini”

“La ingatkan Halim ni masih teruna lagi pandai simpan rahsia”

“Aku mati-mati ingat Halim ni bujang terlajak. Dah kahwin rupanya pandai dia simpan rahsia” komen mereka

via Facebook Media Hiburan

Sembunyikan Identiti Bapa Selama 27 Tahun

Mengintip di Insta-Stories Myra yang kini aktif sebagai pelakon dan pengacara, wanita ayu ini mengakui menyimpan rahsia identiti bapanya dari pengetahuan umum selama 27 tahun dan mengatakan selepas ini tiada lagi rahsia yang perlu disembunyikan kepada orang ramai.

Bila kebanyakan dari kita sembunyikan teman lelaki/teman wanita, saya menyembunyikan ayah saya dari pengetahuan umum selama 27 tahun.”

“Tiada lagi rahsia” tulisnya

via (IG) Myra Natasya

Myra juga berkongsi pendedahan pengurusnya, Lynnda Sharudin, yang mengesahkan kenyataan yang dikongsikan Myra mengenai hal yang tular berkaitan identiti bapanya di Instagram.

“Dah pengurus pun tak payah simpan rahsia dah. Ya benar, anak tunggal pengacara Halim Othman ini @myra.natasyaa artis di bawah jagaan saya. Kita dah lama tahu dah dari awal sign dia dulu.” jelas Lynnda

Sekadar info, Myra Natasya atau nama sebenarnya Yusmyra Natasya merupakan anak tunggal kepada Halim Othman bersama bekas isteri, Yusnita Omar.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

halim othmanMyra Natasha
https://lomp.at/z9g5x
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen Penuh Emosi: Tunku Azizah Peluk Menantu Jadi Sorotan Warganet

  2. 2

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  3. 3

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  4. 4

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  5. 5

    [VIDEO] “Datuk K Pesan Jangan Kurus Sangat”-Siti Nurhaliza

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem