Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Comel! Foto-Foto Inaaya Naumi Kemmu Sepupu Kepada Taimur Ali Khan

by Amirul Fikry
October 16, 2021
Share on Facebook

Puteri tunggal kepada pasangan selebriti terkenal, Kunal Kemmu dan Soha Ali Khan ini sememangnya mewarisi penampilan dan kecantikan dari ibu dan bapanya yang begitu menakjubkan bahkan dia juga sudah pun mempunyai ramai peminat pada usianya yang kini baru menginjak 4 tahun.

via DNA India

Selain itu, Inaaya juga adalah sepupu kepada anak pasangan Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan iaitu Taimur Ali Khan dan Jeh Ali Khan. Anak kecil ini baru sahaja  menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-4. Majlis itu bukan saja diraikan oleh keluarga besar mereka bahkan juga peminat Inaaya dari pelbagai bangsa dan negara. Hebat!

via Ig

Jadi, tidak hairanlah jika foto-fotonya kini banyak tersebar di media sosial. Inaaya Naumi Kemmu juga dijangka akan menjadi artis yang terkenal apabila dia dewasa kelak! Jom kita tengok gambar-gambar comel anak kecil ini!

Kunal Kemmu dan Soha Ali Khan Pataudi kerap berkongsi foto satu-satunya puteri kesayangan mereka  di akaun instagram masing-masing. Mereka juga sering berkongsi aktiviti Inaaya semasa bermain atau belajar.

via Ig

Ini adalah antara foto Inaaya Naumi Kemmu yang telah dimuat naik di akaun instagram ibunya sewaktu hari ulang tahun kelahiran Inaaya.

via ig

Dilahirkan dari keluarga yang besar dan sudah lama berkecimpung dalam industri perfileman Bollywood selama beberapa generasi, jadi tidak hairanlah jika Inaaya Naumi yang masih kecil juga sudah menunjukkan aura dan pesonanya.

via Ig

Inaaya Naumi Kemmu juga telah mewarisi gen terbaik dari ibu bapanya yang terkenal dengan bakat lakonan yang luar biasa dan berketerampilan. Pada usia 4 tahun, Inaaya sudah berjaya memikat ramai orang. Mata Inaaya sangat cantik!

via Ig

Gambar Inaaya yang sedang bermain bersama sepupunya, Taimur Ali Khan. Mereka berdua kelihatan mesra. Sweet sangat.

via Ig

Tidak hanya rapat dengan Taimur, Inaaya juga kelihatan sangat mesra dan penyayang apabila dia mencium Jeh Ali Khan iaitu anak kedua Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan yang baru berusia 6 bulan. Mungkin Inaaya juga mahukan seorang adik!

via Ig

Soha Ali Khan yang sudah memutuskan untuk meninggalkan dunia hiburan kini sangat gembira kerana dapat bersama dan melihat sendiri perkembangan Inaaya Naumi yang kini sangat aktif dan pintar.

via Ig
via Ig

Itulah antara beberapa foto-foto comel Inaaya Naumi Kemmu. Adakah anda juga merasakan bahawa anak kecil ini bakal mengikuti jejak langkah orang tuanya dalam industri suatu hari nanti?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

inaayanaumisepuputaimuralikhan
https://lomp.at/tv6gs
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  3. 3

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

  5. 5

    Bella Astillah Mohon Maaf Isu Mesra Dengan Syed Saddiq-“Hanya Kerja, Bukan Cinta”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem