Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Ustaz Elyas Ismail Dedah 3 Perkara Boleh Hancurkan Hidup Kaum Adam

Perkongsian pendakwah ini mendapat perhatian ramai warganet di media sosial

by Puteri Alia
June 24, 2022
via Instagram Ustaz Elyas Ismail/Healthline

via Instagram Ustaz Elyas Ismail/Healthline

Share on Facebook

Pendakwah dan penceramah terkenal tanah air, ustaz Elyas Ismail memuatnaik video tentang perkara yang boleh merosakkan hidup seorang lelaki di media sosialnya.

Punca Hidup Lelaki Musnah

Menjengah ke Instagram ustaz Elyas, penceramah ini memberi sedikit pencerahan mengenai sebab dan punca utama ramai hidup lelaki masa kini rosak dan musnah, menerusi video rakaman yang dimuatnaiknya.

Mendengar ucapan ustaz Elyas, penceramah ini mendedahkan terdapat tiga perkara yang boleh menyebabkan hidup kaum adam hancur.

“Tiga perkara yang akan merosakkan hidup seorang lelaki, mahupun suami, mahupun ayah.

Pertama sekali adalah, apabila dia terlibat dengan soal wanita dia cinta ketiga ke, kayu tiga ke, atau pun curang. Hati-hati. Ingat kita ni suami. Jangan buat benda tak elok belakang-belakang walau orang tak nampak, Allah nampak.

Yang keduanya apabila dia terlibat dengan masalah gila kuasa, gila pangkat, nak mengejar kuasa, nak mengejar jawatan dan pangkat. Juga boleh menghancurkan hidup seorang lelaki mahupun seorang suami.

Dan yang ketiganya adalah, apabila dia sibuk sangat dengan harta. Sibuk sangatlah dengan harta, business nya, mengejar keuntungan dan sebagainya. Sampai lupakan keluarga, lupakan amalan agama, masa berkualiti dengan keluarga.” Ujarnya

Dalam pada itu, ustaz Elyas juga mengatakan dalam coretannya di Instagram bahawa apa yang dikongsikan ini merupakan peringatan buat dirinya dan juga kaum suami di luar sana.

“Ramai sudah lelaki yang kecundang hidupnya hanya kerana 3 perkara ini.. Pesanan buat saya juga, moga beringat.. Pesan-pesanlah buat suami-suami tersayang kita..” Tulisnya

via Instagram Ustaz Elyas Ismail

Kaum Hawa Setuju Dengan Ustaz Elyas

Pencerahan yang diberikan penceramah terkenal ini di Instagram-nya mencuri perhatian ramai, dan ramai kaum hawa bersetuju dengan apa yang dikongsikan ustaz Elyas.

“Betul sangat”

“Allah aturkan perancangan tapi kita yang lalai”

“Ramai suami-suami hari ini tanggungjawab dia pada kerja dan diri sendiri.. Lupa nak persiapkan anak bini dengan ilmu akhirat.. Sekadar memberi makan dan nafkah” komen mereka

via Instagram Ustaz Elyas Ismail

“Semoga semuanya di jauhkan perkara sebegitu”

“Betul tu ustaz.. Kadang nak suruh jujur pun susah, padahal bini tahu..”

“3 TA – waniTA, harTA dan tahTA” komen mereka lagi

View this post on Instagram

A post shared by Ustaz Elyas Ismail (@ustazelyasismail)

Mahu hidup aman damai, jauhi tiga perkara ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ustaz elyas ismail
https://lomp.at/govxn
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  3. 3

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

  5. 5

    Bella Astillah Mohon Maaf Isu Mesra Dengan Syed Saddiq-“Hanya Kerja, Bukan Cinta”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem