Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Obses Tayang Badan, Zoey Rahman Akui Bukan Sengaja

by Khai Azfar
October 23, 2017
Share on Facebook

Sudah lama rasanya tidak mendengar khabar mengenai pelakon kacak Mohd Hairey Azhar bin Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Zoey Rahman. Suatu ketika dahulu, wajahnya sering kali menghiasi slot kanak-kanak yang lebih sinonim dengan gerak-geri gasing.

Sibuk Menguruskan Perniagaan

Menerusi temu bual murai.my bersama Zoey, khabarnya kini sedang sibuk menguruskan perniagaan produk kecantikan dan penjagaan diri beliau, Mika Series. Menurut Zoey, beliau bukanlah ‘tidak laku’ seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. Malah selain menumpukan perhatian dalam perniagaannya, Zoey juga sedang sibuk terikat dengan beberapa penggambaran drama tanah air.

“Alhamdulillah, perniagaan saya kini sudah semakin berkembang dengan memperkenalkan beberapa produk terbaru Mika Series yang kini sudah dua tahun di pasaran. Saya bukannya tidak berlakon sebaliknya sememangnya sibuk dan terikat dengan beberapa penggambaran drama yang akan ditayangkan tidak lama lagi”

Tunjuk Badan Bukan Untuk Show Off

Dalam perkembangan lain, Zoey turut menolak dakwaan bahawa beliau sengaja menunjukkan aktiviti kecergasan dan bentuk badannya yang sasa di media sosial. Tambah Zoey, kadang-kala gambar yang dimuat naik di Instagram nya adalah kerana turut terikat dengan tanggungjawabnya sebagai duta yang ditaja oleh sebuah pusat kecergasan terkenal di ibu negara.

Menurut Zoey, gambar tersebut bukanlah sengaja untuk menunjuk-nunjuk malah cuba memberi inspirasi kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan penampilan diri. Zoey yang kini berumur 32 tahun turut berkongsi petua dan tips nya untuk kelihatan sentiasa muda dan bertenaga.

“Walaupun sibuk dengan penggambaran, kesihatan diri menjadi keutamaan saya.Sebagai contoh saya akan tetap mencuri masa untuk pergi ke gym supaya bertenaga sepanjanga hari.Selain itu, saya juga akan pastikan tidur saya mencukupi, berjogging dan tidak ketinggalan, memakai produk saya sendiri iaitu Mika Series”

Bakal Muncul Dalam Mat Rukun

Zoey ketika ditanya mengenai perkembangan terbarunya pula, beliau bakal muncul sebagai Mamat di dalam drama Mat Rukun yang akan mula menemui penonton bermula 25 Oktober inu. Selain itu, Zoey juga terlibat secara langsung dalam sebuah iklan jenama Toyota berdurasi 1 minit yang akan mula ditayangkan di pelbagai media sosial tidak lama lagi.

Zoey Terkedu Sepupu Maut Bas UPSI-"Mahu Sambung Belajar Luar Negara, Rupanya Ke Negeri Abadi"
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

mat rukunmika serieszoey rahman
https://lomp.at/fg4g9
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  3. 3

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

  5. 5

    Bella Astillah Mohon Maaf Isu Mesra Dengan Syed Saddiq-“Hanya Kerja, Bukan Cinta”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem