Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad atau lebih dikenali sebagai Sherry Al Hadad merupakan seorang pelakon, pelawak dan pengacara yang hebat di Malaysia.
Sherry juga merupakan pemegang Ijazah ASWARA dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah dalam bidang teater di pusat pengajian yang sama. Beliau juga dikenali ramai dengan telatahnya yang ‘masuk air’ yang membuatkan ramai meminati personaliti lawaknya itu. Setiap kali Sherry menghiasi sebuah rancangan televisyen pasti akan ada perkara-perkara yang lucu terjadi.
Selain berlakon, kini Sherry mendapat banyak jemputan untuk menjadi pengacara disetiap acara yang diadakan di Malaysia, salah satunya seperti Anugerah Juara Lagu.
“Zaman Dulu Memang Trend Kening Halus Macam Ni”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sahirsabri90 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 109 ribu, tanda suka sebanyak 3,024 dan sebanyak 201 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan makeup Sherry Al Hadad untuk drama lakonannya yang meraih perhatian ramai kerana unik.
@sahirsabri90 @sherry_alhadad make up by #sahirsabri
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan Sherry Al Hadad merupakan seorang pelakon yang berbakat besar kerana pelbagai watak berjaya dibawanya di dalam setiap drama lakonannya itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.